Y e n n
ENTRIES ABOUT LINKIES FANFICTION
About;
SPM 2014

Liyana Zafirah | Yenn
eLement | Rubies | Ljangg
Shout here;
Talk to much


Credit;
The Cretive!

© 2014 - Full Template by Arrien Amani and someone help me is Mayra and Inficon . Edit by Yenn.

Pinky Promise - Prologue
Sabtu, 23 November 2013 | 2 Comments

“Saya nak main jugak, bagilah saya main. Awak ni kedekut!” bebel Jei sambil memeluk tubuh.

Jei yang comel  berskirt pendek itu kelihatan hendak menangis.

“Mana boleh, inikan saya punya, awak mainlah teddy bear awak tu” balas si Suho sambil mencebik.

“Saya tak nak kawan dengan awak lagi”jawab Jei lalu mengosok matanya.

Dari jauh mereka diperhatikan oleh ibu bapa mereka.

“Mereka Nampak sangat comel bila bergaduh kan?”kata En. Kim

“Bila awak cakap macam tu baru saya ingat tentang perjanjian kita 5 tahun lalu”balas En. Shin

Kelihatan Pn. Kim dan Pn. Shin datang sambil membawak sedulang biskut bersama the panas.

“Ah, perjanjian apa pulak ni? Haha.” Pn. Shin tiba-tiba mencelah.

“Sampai hati tak bagitahu kami” balas Pn. Kim

Pn. Kim memanggil Suho dan Jei.

“Jei kenapa menangis ni sayang?” tanya Pn. Kim

“Suho tak bagi saya main permainan dia aunty” jawab Jei tersedu-sedu

Suho dari tadi kelihatan mencebik dan memeluk tubuh.

“Suho, kan mummy dah pesan main mestilah sama-sama. Nanti mummy bagitahu daddy, tak payah belikan Suho mainan lagi” Pn. Kim berkata sambil menunjukkan jari telunjuknya kepada Suho

“Mummy, inikan suho punya, kenapa perlu berkongsi pulak” balas Suho sambil memberontak.

“Sudah-sudah, tak payah bergaduh lagi. Jom kita makan biskut.” kata Pn. Kim

Pn. Kim pergi dan diikuti dengan Suho. Suho menjeling kearah Jei yang sedang menguis kakinya di rumput.

“Yah, Suho kenapa buat Jei menangis tu, daddy tak ajar tahu”kata En. Kim ketika Suho hendak megambil biskut.

Suho hanya menunduk sambil mengunyah biskut. Kelihatan Jei belari anak kepada mamanya.

“Sudah lah, tak mau menangis, malulah”kata Pn. Shin sambil memeluk anaknya.

Jei yang tadi menangis dihulurkan biskut kepadanya. Suho menghulurkan biskut sambil mengukir senyuman.

“Jangan lah menangis lagi, saya minta maaf, nanti kita main sama-sama”kata Suho merayu

Jei hanya memandang biskut dan berdiam diri.

“Ambillah biskut ni, saya betul-betul mintak maaf”

Jei yang tadi berdiam diri mengambil biskut tadi dengan senyuman.

“Awak janji nak main dengan saya setiap hari?” kata Jei sambil menghulurkan jarinya untuk berjanji

“Janji! Jom kita makan” jawab Suho membalas huluran jari Jei

Perlakuan mereka diperhatikan oleh ibu bapa mereka. Mereka tersenyum bahagia.

Mereka bemain bersama setiap hari. Pernah ada kelibat kanak-kanak ganas datang untuk mengacau Jei. 
Tetapi suho selalu ada untuk mamastikan Jei sentiasa selamat. Everything was perfect.

Suatu hari,
Jei menunggu di tempat biasa, memakai skirt berwarna pastel. Dengan rambut yang ditocangkan sambil memengang teddy bearnya.

Suho kelihatan sedih ketika berjalan kearah Jei.

“Awak berjanji dengan saya yang awak nak main dengan saya setiap hari kan?” kata suho dengan suara yang hampir menangis

 "Awak tunggu saya tau, nanti kita mesti jumpa semula dan berkawan semula macam sekarang ni" si kanak-kanak perempuan itu berjanji

Kanak-kanak lelaki tu melepaskan gengaman tersebut.

"Pinky promise me?"kata kanak-kanak lelaki itu sambil mengulurkan jarinya untuk berjanji.

"Yeah pinky promise" mereka tersenyum dalam kesedihan.


“Jei, lets go, nanti lambat pulak kita.”Suara Pn. Shin memecahkan suasana yang suram itu.

“Jaga diri baik-baik ya keluarga Shin”kata En. Kim

“Ya! Saya tak akan lupa janji kita En. Kim” Ucap En. Shin sambil berpelukan.

Mereka berjabat tangan dan berlalu pergi. Jei melambaikan tangannya kearah Suho. Suho yang kesedihan tadi membalas lambai tadi dengan sedih.

“Papa, nanti kita boleh balik sini tak? Saya nak jumpa Suho lagi, saya rindu dia” Tanya Jei dengan muka yang sedih

“Ya, sayang. Nanti kita balik sini jumpa Suho ya?”jawab En. Shin

“Sayang papa!”Jei memeluk pinggang papanya.


Jei memandang keluar tingkap kapal terbang dan berharap suatu hari nanti dia akan berjumpa semula dengan Suho.

“Saya sayang awak Suho!!!”kata Jei dalam hati.

“Saya rindukan awak Jei!”kata Suho dalam hati.


-------------------------------------------TO BE CONTINUE------------------------------------------

rajin-rajin lah tekan like dekat tepi tu. Hee.
Kalau ada yang tak kena comment ya..









PASTFUTURE


Blogger Nur Shazleen berkata...

pandai nya awak buat fanfic :o luhan takde tsk tsk u.u

 
Blogger LyanaZafirah berkata...

haha thanks ya. Luhan akan datang. hee

 

Catat Ulasan